HOME | PROFILE | SUKA DUKA | ILMU | RECEPI | SI COMEL |

7 Jun 2013

Chocolate cheese layer cake Recipe

Salam! aktiviti masak memasak kembali lagi ^_^
nak share recipe "Chocolate cheese layer cake"

baru-baru ni mengidam nak makan blueberry cheese cake, tapi apakan daya... tak beli-beli pon..
jumpa recipe, terus cari bahan n buat.. tp bukan blueberryyyyyy.. ok terussss dengan ingredients:-


BAHAN - BAHAN 

Chocolate Layer

2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu segar/ cair
1/2 cawan minyak jagung/ masak
1 cawan tepung gandum*
3 sudu besar sebuk koko (yati tambah coklat masakan)*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*
1 cawan gula halus (macam tak logik jer.. yati letak 4 sudu)
# kurangkan manis
(* bahan2 kene ayak dulu.. takut2 ade bende asing)

cheese layer
250 gm cream cheese
60 gm gula halus - lina pg gn 50g
1 biji telur gread A1
sudu besar air - lina pg guna susu cair1
sk jus lemon
1 sudu besar tpng gandum


ingredients yg digunakan

CARA-CARA (chocolate layer)



sementara buat aktiviti lain.. kita cairkan dulu coklat masakan,


guna teknik double boiler  untuk cairkan coklat.



sementara tunggu coklat tu cair.. teruskan dengan langkah seterusnya
Pkl telur didalam bekas bersama gula sampaiiiiiiii kembang.
bila dah kembang bole la masukkan esen vanilla dengan garam.
lepastu Masukkan air panas, susu dan minyak.
kalau nak laaaagi kembang, guna mesin pemutar tu..
kita punya dh rosak, mak kata sebb dh lama xguna
mak belikann laaaaa

last sekali masukkan tepung + soda bikarbonat + baking powder yang kita dah ayak tadi
Biarkan sebentar dan bahagikan pada 2 bahagian.

CARA-CARA (cheese layer)

Pukul cream cheese bersama dengn gula hingga sebati.



then bila dah ok, Masukkan telur diikuti dngn air,
jus lemon dan tepung gandum. Pukul l agi dan gaul sebati.


CARA MEMASAK 

Panaskan tempat kukus dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je k.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
bila dh betol2 kering bole la masokkan cream cheese td.. 
yg kt ats ni belom betol2 kering. hihi


Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
yg ni bila kita layerkan dengan cheese

Done!
ini lah hasilnyeeee =D
tadaaaaa.. dah siap..



dah betol2 sejuk boleh la potong..
masok dalam freezer.. lagi sedap kalau makan dia time sejuk

bawak g office ckit.. sedap x??

yati dapat recipe daripada teratak mutiara kasih. Thanks :)