HOME | PROFILE | SUKA DUKA | ILMU | RECEPI | SI COMEL |

8 Jul 2013

Di Saat dan Ketika Muezza Hilang T_T

Assalamualaikum...
pagi ni rutin harian tidak seperti biasa..  dapat berita buruk sangat. Muezza hilang! T_T
nak pergi cari muezza tapi terpaksa ditagguhkan sebab nak siap pergi kerja. Hari ni alhamdulillah bos tak masuk.. sebab memang dah tak boleh tumpu pada kerja, termenung fikirkan kucing.. muezza.

Cuba kol mak.. mak pulak tak angkat.. berbelas kali jugak la kol.. akhirnya mak angkat.. mak kata belum jumpa muezza lagi. Ya Allah.. hati ni rasa sedih sangat. Selama ni tak rajin pon balik kalau time lunch. Hari ni terus balik rumah sebab nak cari Muezza jugak. Masa cari konon muka steady lagi.. serius mencari.. tak lama lepas tu menitis-nitis air mata jatuh. Tak tahu nak cerita mcam mana lagi.
Dalam hati dok fikir.. muezza merajuk ke? mlm tadi tak bagi dia tidur kat bilik sebab dia berak.. dia tido dalam kotak jer..

 "Ya Allah jika aku bukan tuan yang baik untuk menjaga Muezza, redhakan lah hatiku atas kehilangannya.. tetapi jika aku ditakdirkan untuk menjaga dan menyayanginya.. dan menjadi tuannya.. pertemukanlah"

tak putus-putus mohon pada Allah agar dipertemukan..

Cari kat sana.. takde, cari kat sini.. takde.. dah nak pukul 2.. berat rasanya nak masuk kerja.. masa nak gerak pergi office, tergerak hati ini nak lalu di satu lorong.. tiba-tiba ternampak kelibat Muezza.. ape lagi pecut patah balik dan memang sah itu Muezza..

"Assalamualaikum Pak cik.. nak tanya itu bukan kucing pak cik kan? itu kucing saya cik.. saya dah lama cari" buat muka kesian.
Alhamdulillah.. Allah pertemukan jugak dia dengan diriku.. hukhukhuk dah hepy takde sedih-sedih dah.. semangat nak buat kerja.. yea!! saaaaaaayang Muezza ♥

#Thank You Allah =)





30 Jun 2013

HohohoLiday at Perhentian Island

Assalamualaikumm.. hehehehe nk habaq mai.. kami baru lepas g holiday baru ni.. hehe
3 hari 2 malam di Pulau Perhentian. Syokkkkkkk sangat2!



menghitung hari nak g terengganu. hehe

Al kisahnya macam mana boleh ke sana? sebab rindu sangat kat kawan2.. "FIBUNAZAMA"
Fida, Ibu, Una, Ezah & Cma.. plan baikkkk punya.. 3 months early.. disamping itu, niat kami nak buat surprise sempena birthday Cma.. 

Banyak dugaan yang timbul, bukan senang nak dapatkan komitmen semua ahli fibunazama.. Alhamdulillah.. akhirnya jadi jugak program kali ini dan semua ahli hadir. macam persatuan pulak hehe.

20 June 2013
Begerak ke Kuala Terengganu.. sampai tepat pada pukul 4.28 am. Grrrrr @_@ awal pulak sampai. Dulu  belajar kat UniSZA lambat jer sampai... Menunggu ketibaan Fida.. 5.45 am baru sampai. T_T
sakit perut menunggu. Usai solat subuh dengan Fida, Mek Na dah menunggu dah.hehe

saaaaayang UniSZA.. 3 tahun menuntut ilmu kat sini
mula-mula jemput Izah dengan Cma di Unisza. Sebak betul bila tengok muka kawan-kawan. lama sangat tak jumpa. Teruskan perjalanan ke Jeti Kuala Besut. Ambik masa dalam 1 jam lebih. Masing-masing lena dalam kereta.

Siti Husna la yg snap pict tengah Zzzz

Sampai jeti, settlekan balance payment then tinggal tunggu bot jer. hehe excited sungguh masing-masing.

sementara menunggu bot datang menjemput



fida dan husna
















best betul naik bot.. sengih memanjang.hehe











































Udah nyampeiii.. hehe Pulau Perhentian =)
cantik sangat.. sungguh.. jatuh hati dengan kecantikan Pulau Perhentian.

sampai.. check in duluu







bilik kami tidurr.. kami ambil 2 bilik
Kunci bilik kami..

pemandangan luar..

Dah check in, rehat-rehat jap lepas tu pergi lunch.. laparr 
hehe makanan boleh tahan =)
Dah kenyang.. apa lagi, jalan-jalan la. yahoo!!




dah penat balik bilik.. 
Ada kesilapan kat sini.. dalam tentatif program tertulis lunch untuk hari pertama takde. kami semangat bawak bahan untuk masak. Ezah, una dan cma pergi mydin mall beli bahan-bahan untuk masak. Hehe last2 dapat tahu lunch disediakan. Memang perut kami sentiasa kenyang la. haha

tom yam ada, sardin ada, telur dadar pun ada.



Petang tu kami decide nak bermandi manda.. mandi puas-puas. Belajar terapung la, belajar berenang la.. Dah besar pon tak reti berenang.. uhuuuu.. 

ini mek da.. kalau dia takde, mesti kurang pengisian gelak ketawa. hehe 





bukan monyet eaaa






cma ajar kami teknik terapung





konon nak bina istana pasir. haha



baby turtle~





dah penat mandi. main air.. bina istana pasir, penyu yang gemok  =_=''
balik bilik.. hehe, dinner pulakkkkk
emmmmm.. kami siap awal sebab nak tengok sunset.. sedih.. sunset kat resort yang lain. Resort tempat kami menginap tak menghadap matahari terbenam. T_T
Jadi main pasir la jawabnya.

before dinner.. main duluu

















Awal2 lagi kami dah tiup belon tanpa pengetahuan cma. Malam tu ready untuk sambut birthday cma.. ezah, fida dengan una setup tempat.. yati pulak kena berlakon depan cma.. nak ajak dia g kat tempat yang kami dah rancang tu.. uish bukan senang nak buat muka serius. lawak la cma, tak nak keluar sebab penat.. nak tido jer dalam bilik. pening kami nak susun ayat pujuk dia turun.. hehe alhamdulillah.. menjadi =)



masing2 dah penat.. mahu ZZzzzz
22 June 2013
Pagi ni saat yang ditunggu-tunggu.. hehe kami nak snorkling!
ada 6 point yang guider kami akan bawak nanti.. abe Mat namanya.. Dia ajar cara-cara nak gunakan peralatan snorkling.. mask, snorkel, regulator dan kaki itik tu.. kami wajib pakai life jaket, sebab tak reti berenang, ekekekeke

sebelum ke point yang berikut, kami stop dekat Fauna Beach Resort rasanya.. ngeee sudah lupa nama resort tu. sebab nak ambil pelancong lain join group kami menjayakan aktiviti snorkling. 
sungguh hebat ciptaan Allah SWT.. nanti yati tunjuk antara gambar2 kebesaran Allah. MashaAllah  Hebat. Allahhu Akbar.
kat bawah ni point yang kami pergi untuk snorkling. Best sangat T_T

1- The Lighthouse
2- Turtle Bay
3- Turtle Point
4- Kampung (rest & lunch)
5- Teluk KK
6- Shark Point

Sementara menunggu Abe Mat panggil naik bot. hehe





























































fresh cocOnut.. RM 5 sebiji =D











Sekarang sudah tiba masanya aktiviti Snorkling.

Tak tahu nak gambarkan macam mana.. waaaaa cantekkkkk, kagum sangat.. dalam masa seronok, excited.. curious.. terbentang luas kehebatan dan kebesaran Allah.. Dia menciptakan segala yang tebentang luas depan mata.. pada masa tu.. kagum tahap maksimum dalam jiwa. Amatlah rugi kalau kita tak nampak semua tu kan.. Alhamdulillah.. kita masih diberi pinjam nikmat sepasang mata untuk menilai kebesaran Allah.

abang penyu... besaq sangat.. besar..

ni belut.. dia ni pemalu.. suka main nyorok-nyorok kat celah batu

ikan ni name dia.. emmm

haaaa yang ni nama dia nemo. yang kat dalam kartun nemo tu. similar sgt. cute semuanya.hehe

ikan pari.. cantekk
























me with nemo~









T_T
Dah habis da... kene balek resort.. nak Snorkling lagiiii !

























































malam tu kami dinner.. menu memang best,, bbQ sedap2 dan kenyang. hehe
Esok pagi dah siap packing nak balek Kuala Terengganu. sedih sangat rasa. huhu

nak balik dah.. 


Haha.. masa ni memang best. naik bot ke jeti Kuala Besut. abang tu bawak laaaaaju sangat.. sampai melompat-lompat kami. hehe tapi seronok. Yang lawaknya kami sesat.. haha melencong ke Tok Bali, Kelantan dah. Hehe yg nampak excited kat dalam bot tu yati dengan izah, sebab lama lagi la kami duduk dalam bot tu. hehe.. Alhamdulillah semua selamat, ala kejap jer sesatnya.. dengan Teknologi GPS, hjung jari pon bolehh.. sebenarnya sebab jerebu.. thats why tak nampak arah mana yang patot lalu.. ish3.. kuat penangan jerebu..

beli souvenir bawak balek =)
Dah sampai jeti Kuala besut, kami decide naik bus jer dari Jeti ke Kuala Terengganu.. Jimat cuma RM 10 jer. kalau naik teksi RM 120.. oh tidak2.. tidak mungkin. Lagipun foreigner yg macam muka Jason Mraz tu.. and wife dia pon tengah tunggu bus. hehe ade geng la.. Tapi yg sakitnya nak menunggu bus la. 1jam lebih kami tunggu bus. Allah.. penatnya T_T dengan cuaca panas.


kesian mereka...






















Balik rumah masing2 gelap jer.. macam tak switch on lampu pulak. hehehehe..
Bila muka sunburn terseksa jugak rasa.. dah la pedih + hitam... hehe walau ape pun, sangat berpuas hati dengan percutian kali ini.. hopefully next year fibunazama g melancong lagi k.. simpan duit banyak-banyak yer kawan-kawan. yeaaaa!!!


# Thank You Allah kerana pertemukan kami.. nikmat sebuah persahabatan yang tiada nilai bandingan =)
walaupun dah lama tak jumpa, perangai suka bergaduh mesti ada, lepas tu baik balek.. kenekan orang tu la, main-mainkan orang tu la.. macam-macam gelagat, perangai masing-masing yang tak boleh lupa.. hehe..

sayang anak-anak ibu