HOME | PROFILE | SUKA DUKA | ILMU | RECEPI | SI COMEL |

15 Dec 2012

Durian Crepe,, nyum nyum

demam durian crepe agaknya.. sana sini dengar org dok bercerita, fb pon xkurang hebatnya.. curious betol! nak try some lah! tp jaoh pulak nk ke jusco tu ha semata2 sebab makanan yg 1 nih..
hahaaaa.. tiba2 hari ni hjung jari ak laju menaip resepi durian crepe. fuh! nampak mcm sodap..
nasib baik la ingredients nyer xremeh sgt nk dicari..
seriously! I'm satisfied! hehe =)

Jom! nak tunjuk cara2 menyediakan durian crepe..
disebabkan kat rumah ni xde orang laki,, terpaksalah aku yang bukak sendiri duriannyer. Ya Allah.. seksanyaaaaaaaaa.. luka2 tapak tangan melayan dia, tapi akhirnya terbukak jugak dia.hehe
 ok.. bahan2nyer..
bahan untuk crepe
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 biji telur
susu segar
garam
esen vanilla
pewarna kuning 

Bahan Untuk Filling 
isi durian
whipping cream
ini bahan2 yg digunakan
Cara Penyediaan
firstly kita ready dengan bahan untuk sediakan crepe dulu k,
tepung gandum, tepung kastard di ayak tok elakkan benda asing nanti
then satukan kesemua bahan tadi.. kacau rata taw.. susu cair agak2 jer, sehingga dapatkan adunan yang tak terlalu cair dan tak pula terlampau pekat. (macam wat lempeng jer)
seterusnya.. boleh la panaskan pan untuk sediakan crepe tadi.
oleskan minyak sikiiiiitttt jer k, takut nanti cpere kita oily pulak
*tips: tok elakkan adunan td x melekat atas pan,, goreng telur dulu.. then baru ready tok crepe. alhamdulillah, berjaya! hehe
kulit/crepe ni tadi try buat senipis yang boleh.. alaaa macam kita buat ketayap masa zaman sekolah dulu
haaa ini contoh crepe yang dah siap td
Okeh untuk creame pulak.. tok kawan2 yang 1st time beli whipping cream jangan terkejut sangat cam org ni taw. Mula-mula keluar memangla cair macam susu cair tu, tapi kita kena kacau dia, kacau sampaiiii lah dia berubah menjadi cream (macam cream cake tu)
 gunalah pemukul telur cepat ckit hasilnya menjadi cream nanti
ok.. step yang terakhir sekali.hehe
mula2 letak cream dulu atas crepe(letak atas crepe yang garing2 tu taw, sebab nak kulit crepe yang licin kat bahagian luar nanti,, paham kan??)
lepas letak creame, diikuti dengan isi durian pulak..
haaaaaa pastu bole la lipat dia. lipat je macam nak lipat nasi lemak tu yer.. cuma terbalikkan taw
waaaaa kan dah siap ha durian crepe kita.
sedap taw bila kita makan time dia sejuk.. 
selamat mencuba!
terbaikkkkkkk.. wakaka
budak kecik ni la jadi assistant.. penat melayan dia pulak
 makan laaa makan yer aqim
habeskan!
dia xmakan banyak pon.. diri sendiri pon xmakan sgt,, yerla.. sebab muak  ade cream kan.hehe
ok laaaaa.. puas hati ;)

7 Dec 2012

my graduation day =)

Alhamdulillah.. syukurrrr sgt,, kami suma dah grad =)
epy.. berbaur sedih. ntahla.. Allah ja yg paham ak rasa,, tp ak bangga, ak still mampu senyum macam xde apa yg jadi.. yup im strong enough..
kadang2 dugaan yg menimpa diri kita ni.. rasa berattt sgt,, tp ak pegang janji Allah,, yg mengatakan.. "Allah takkan berikan sesuatu ujian pada hambanya melainkan  hamba itu dapat mengharunginya," so.. im trying to bear with it.. =)

wif ainal mardya =)

anak2 ibu.hehe

26 Oct 2012

ceteknya ilmu mu!

Ak tahu.. mungkin ak agak trlambat dalam menguasai ilmu, lebih2 lg dalam bab agama.. Ilmu agama aku teramatlah cetek bebanding org lain. umpama setitis air di lautan.
tapi alhamdulillah ak xpena putus asa  untuk terus belajar, mencari guru.. kerana hati aku sgt dekat padaNYA apabila niat di hati telah diperbetulkan. "Menuntut ilmu semata2 keranaNYA".



Tapi.. paling menyedihkan hati dan terkilannya rasa di hati.. di mana saat ak membaca kitab suci Al Quran.. dengan sendirinya air mata mengalir deras, kerana aku xdapat memahami ayat2 yg terkandung dlm Al Quran itu sendiri. Betapa ruginya ak Ya Allah.. jika tidak tercipta tafsir Al Quran, haiii.. tumpo teman. hehe

Semoga aku menjadi hambaMu yg solehah, istiQamah dalam menjalani perintahMu.. dan janganlah biarkan ak terus menerus jahil, permudahkanlah urusaku dalam mentiti perjalanan hidup di dunia, demi mengejar akhirat yg kekal di sana. Ameen.
cita2 ku di dunia tidak dapat menandingi cita2ku untuk menjadi penghuni syurga~
berusahalah yati!! jgn sekadar omong kosong. na!

9 Oct 2012

si cilik cepatlah buka mata!

cepat2 buka mata :)
091012
Tanggal 7 October lahir ke dunia seekor makhluk Allah.. seperti yg kita semua sedia maklum ia haiwan yg mnjadi kesukaan sahabat Nabi Muhammad SAW.. ABU HURAIRA..
sayang ibu yg telah melahirkan sakit.. gara2 melahirkan anak2nya.. dia, gmbar diatas.. ank yg terselamat, kerana adik beradik yg lain mati dlm perot ibunya.. smpai skrg masih belum dpat dkeluarkan.. buntu memikirkan nasib yg di hadapi si ibu..klinik haiwan.. tp xberfungsi pon.

Alhamdulillah.. baby meow dapat ak beri susu perlahan2. walaupun susu ibu dan susu tepung khas untuk kucing tidak sama.. aku terpaksa.. aku xkan biarkan dia kelaparan, akhirnya mati..
insyaAllah.. moga dipermudahkan.. ini pon 1 nyawa kurniaan Allah jugak. =)

19 Jun 2012

ya Allah ya Rabb


Ak panjatkan DUA padamu Ya Allah..
jika ak jatuh cinta.. 
cintakanlah ak pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMU
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU


Ya Muhaimin..
jika ak jatuh hati 
izinkanlah ak menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut pada Mu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu


ya Rabbana
jika ak jatuh hati
jagalah hatiku padanya 
agar tidak berpaling dari hatimu


Ya Rabbul Izzati
jika ak rindu
rindukanlah aku pada seseorang yang mrindui syahid di jalanmu


Ya Allah 
jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas 
sehingga terlupa ak pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu



16 Jun 2012

abah hebat orangnya kalau nk taw =)

merindui orang tua yg telah melahirkan.. betapa berharganya mereka..
abah.. sentiasa hebat kat hati ni.walaupun xpena ak g tahu dy dulu.. huhu. malu la nk gtahu cmtu..
jasa mereka membuatkan kita anak2 berterima kasih sgt2
hadiah terakhir yg ak dh berniat nk beli tok mak ngn aruah abah... jam..
pelan2 simpan duit.. tp xsempat.
td minum air lai che kang.. ermmm xsedap laa... abah buat jugak sedap.siap bole tmbah kcang byk2..
abah paling teror buat lemang.. perghhh.. org taman msti tempah suh buat kalu raya aidilfitri ke, raya qurban ke.. sedap.. hehe.. syang.. selama ni dok tolong abah bakar lemang suma, xterlintas nk belajar.. abg2 pon sama.. kalau diorang cuba buat pon xkan pernah sama rasanya
roti canai.. ayam goreng kentucky.. megy kari pon sedap! bauuuu dy.. kat depan boleh bau dah.hehe
1 ni yg paling suka tgk.. abah msti action la kalu taip guna mesin taip lama tuu... tgk kertas kat depan tu n taip dgn lajunyaaa... tanpa ada error lgsung..haha.. dah keja pejabat padanlaaa!

moga aruah abah ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman.. damailah abah kat sana.. kalau di izinkan Allah. kita 1 keluarga akn dipertemukan di jannah nanti yer.. anak2 abah akan sentiasa cuba menjadi ank2 yg soleh dan solehah =)





doa dari ank2 tok abah insyaAllah xkan pena putus..  Norzarina Baharuddin, Norfazdilah Baharuddin, Mohd khairul Azhar Baharuddin, Mohd Tarmizi Baharuddin, Norhayati Baharuddin dan Muhd Nazmi Baharuddin..
jadilah anak2 yg soleh dan solehah tok mak abah.. sentiasa doakan kesejahteraan diorang =)
aamiinnnn..

pabila hidayah datang menyapa

Pernahkah hidayah Allah menyapa hatimu wahai teman? Mesti pernah kan? Walau pun hanya sekali. Ada sahabat pernah cakap padaku, " Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi."

Alangkah ruginya jika kita tak ambil peluang yang Allah bagi kepada diri kita. Allah dah bagi peluang untuk kita berubah untuk jadi manusia yang lebih baik, tapi kita buat tak peduli. Rugi sangat-sangat.

Hidayah itu umpama satu papan tanda. Ia akan menunjukkan kita ke arah destinasi yang kita tuju. Apabila kita mengikuti papan tanda yang pertama, kita akan jumpa papan tanda yang seterusnya. Tapi pastikan kita mengikut papan tanda yang betul. Barulah sampai ke destinasi yang kita tuju.

Tapi sekiranya kita berpaling daripada papan tanda yang pertama itu dan mengikut papan tanda yang lain, kita akan semakin menjauh dari destinasi yang dituju. Dan akhirnya kita akan tersesat.

Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
"Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah." 
(Surah Maryam 19:76)
Tengok tu, Allah akan menambahkan hidayah sekiranya dia menurut jalan-jalan yang betul. Dan demikianlah orang yang menerima hidayah Allah ni.

Sebenarnya, kadang-kadang kita sedar Allah bagi hidayah kat kita. Allah nak kita tinggalkan benda yang salah yang sedang kita lakukan sekarang. Tapi, kita sangat sayang nak tinggalkan benda yang sedang kita buat. Ye lah. Benda mungkar ni memang seronok nak buat. Lebih-lebih lagi bila dah jadi tabiat. Dosa ni boleh lah dianggapkan sebagai kurap. Semakin kita garu, semakin seronok pula rasa. Kalau tak dirawat, bila dah tinggal parut memang sukar nak dihilangkan.



Haa, sebab tu lah bila dah buat dosa. Akan rasa nak buat lagi dan nak buat lagi. Sebabnya dah sebati dalam jiwa. Apa yang Allah suruh buat, tak pulak kita buat.


Allah suruh solat. Kita cakap, alah dah tua-tua nanti aku solat la.
Allah suruh tutup aurat. Kita cakap, nanti aku dah tak vogue kalau pakai tudung ni.
Allah cakap jaga pandangan mata. Kita cakap, eye contact kan penting, buat apa tunduk-tunduk ni?
Allah cakap couple tu haram. Kita cakap, mana ada, tengok ramai je couple tu haa.

Macam-macam lagi yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan. Tapi pasti ada sahaja alasan yang kita berikan. Benda yang haram pasti akan kita cuba sedaya upaya nak halalkan. Sedangkan dalam Al-Quran sudah terang-terang cakap tak boleh.

Jangan teman, jangan jadikan syaitan sebagai raja dalam hatimu. Jangan jadikan dia sebagai kawan.

Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." 
(Surah Fatir 35:6)
Begitu juga nafsu. Didiklah nafsumu. Didiklah ia agar bekerja untukmu bukannya dirimu yang bekerja untuknya.

Sungguh, hidayah itu milik Allah. Hanya Dia yang berhak menganugerahkan hidayah itu kepada orang-orang yang Dia nak. Tak semua orang bertuah. Kalau tak, mesti semua orang kat dunia ni jadi baik sangat. Dan tiadalah sengketa dan permusuhan kat dunia ni. Jadi jangan bersedih bila kita dah pernah berusaha untuk ajak kawan-kawan atau keluarga kita berubah ke arah lebih baik tapi mereka tak nak ikut.

Sebab Allah dah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." 
(Al-Qasas :56)
Walaupun Rasulullah SAW pun tak mampu bagi hidayah kepada orang yang baginda sayangi. Ini menunjukkan hidayah itu hak mutlak Allah. Cuma tugas kita ialah berusaha menyampaikan hidayah yang terkandung dalam Al-Quran. Sama ada mereka terima atau tidak, semua itu kerja Allah.


Jadi tersangatlah beruntung orang yang hatinya pernah disapa hidayah Allah. Gunakanlah peluang yang Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Dan hidupmu bakal berubah. "Better than before". Insya Allah.

Hidayah ni tidak akan datang bergolek. Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripadaNya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya walaupun kunci itu pernah berada di tangan kita.

Dan Allah ada berpesan dalam Al-Quran:
" Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam)." (Surah Yunus 10: 25)
Agaknya sudah berapa kali kita dipilih untuk diberikan hidayah tapi entah sudah berapa kali kita menolaknya. Dan agaknya berapa kali lagi kita akan dipilih dan terus menolaknya? Itupun sekiranya Allah masih memberikan kita peluang untuk merasai nikmat hidayah-Nya. Bagaimana sekiranya hidayah itu tidak pernah kunjung tiba lagi?

Andainya ini hidayah terakhir.. T_T

Thabbit Qalbi Ya Rabb.

Mari beramal dengan doa ni.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
(Surah Ali 'Imran 3: 8)

5 Jun 2012

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH






Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

12 May 2012

10 Sebab Doa Tidak Dikabulkan Allah SWT


  • Seseorang yang meyakini adanya Allah tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA 
  • Seseorang yang membaca kitab Allah tetapi tidak mengamalkannya 
  • Seseorang yang mengetahui bahwa iblis adalah musuhnya tetapi justru mengikuti langkah-langkahnya 
  • Seseorang yang mencintai Rasulullah saw tetapi meninggalkan sunnah-sunnahnya 
  • Seseorang yang bercita-cita masuk surga tetapi meninggalkan amalan-amalan yang disyaratkan untuk masuk surga 
  • Seseorang yang takut adzab neraka, tetapi tetap meakukan dosa dan maksiat 
  • Seseorang yang mengetahui ajal akan tiba tetapi tidak mempersiapkannya 
  • Seseorang yang sibuk dengan aib orang lain 
  • Seseorang yang makan rezeki dari Allah tetapi tak mensyukurinya 
  • Seseorang yang tak mengambil pelajaran dari kematian

18 Apr 2012

Pengalaman Rekrut T_T



hari ke 3.. putih lg niiii
amek kaw.. haha legam!
Assalamualaaikum... lame dah xupdate.. sbulan terperap kat dlm kem mane sempat nk on9. huhu
nk cerita pasal rekrut ni, sbenarnya memg2 best!
*tok certain people je.. diri ini tidak merasa apa2..  xrasa happy pon.. follow jer stiap program yg ada hari2..
maybe dsebbkan niat kot, niat utama sebb nk dpatkan elaun tok buat lesen.. huhu
pgalaman byk nk cerita kat sini, for xample dr segi kawad. jadi lebih baik
siap bole bg command kt depan.. menembak kira rangking markah yg tggi,, jurulatih2 yg luar biasa.. tp alhmdulillah baik2, biasala garang bila mengajar.. hehe suka duka pengalaman rekrut memg sush nk dpt kat tmpat lain..hitam pon legam ni ha.. hahahaha..


zaman sem 4.. rindu

GUD BYE UNISZA.. will be missing u. T_T
alhmdulillah.. sy suda habis study kat unisza.. habis diploma ni insyaAllah kalu ad rezeki smbung dgree pulak..
moga impian tok smbung dgree ke iium trcapai.. aminnnn!
dok uma dulu putihkan muka... cari keje. at least duit masok la jugak.. dpt tampung nk p ganu konvo nnt,,
yea! im going to graduate! =)

19 Feb 2012

Cocktail Custard Pudding

yum2

Cocktail Custard Pudding
Sumber : byk sgt sumber yg dirujuk

Ingredients (pudding custard)
1 cup tepung custard
4 cup air
1 tin susu cair
gula secukup rasa

Cara² Untuk Puding Custard
-mula² sebatikan tepung custard dgn air yg suam dlm periuk.(air paip pon ok ) =D
sebab kalu gunakan air panas tepung akan jd likat.. takot xmenjadi plakk.. betoll. believe me ya

then,

- masak atas api yg slow jer. at det time bole la msokkan susu cair ngan gula.
nk letak susu byk2 pon xpe, sedapppp. sebb susu cair xmanis mana pon. gula tu pndai2 la yer. manis2 buah org kate. *jgn manis sgt. kita kene jge ksihatan kalu nk mkn mkanan yg sedap² bile dh tua nnt.

-letak kan secubit garam. tok lemakkan custard kita td =)

bukan lemak cm mane. alaaa.. kasi dy creamy ckit. phm jer kan??
*sentiasa kaco tok dptkan teksture yg halus, mulus lagi berseri. (takot berketul² nnt)

-Bila hampir likat, tuang ke dalam bekas dan sejukkan dlm peti sejuk. Puding akan mengeras dan ready tok dipotong.

Bahan² Untuk Kuah

1 tin susu cair
1 tin buah²an dalam tin (cocktail)

Cara² Untuk Kuah

- Cmpurkan sume bahan xcept buah. Kaco atas api dan padamkan api bila mendidih.

letakkan puding yg telah siap dpotong dlam bekas yg cantik2. Letakkan kuah, lastly hiaskan dgan buah² td. Sgt3 sesuai dihidangkan sejuk.

Try la! xmenyesal punyer =) hehehe














16 Feb 2012

pesanan buat adikku

untuk adik yg disayangi: Muhd Nazmi Baharuddin.. belajarlah rajin2.. tolonglah jangan main game RO jer setiap hari. Exam pon nk dekat dah.. dok uma tu jgn la keje on9 jer, bace buku tu..
kesian tgk mak asyik membebel jer tok ko.. dh la mak ad darah tggi. tolong la yer amy,, sepanjang akak yg comel ni xde kt umah, plezzz.. jage la mak baik2.. mak jer yg kte ad skrg ni..

jgnla buat mak susah hati dengan prangai degil tu. bcoz i luv u my little bro. im juz giving some advice ok =)
jgn tggal solat, hari2 la bace quran tu. sedekahkn kt abah.. hari2 taw!
masalah juge ye adik ni jenis yg xtakot kt akak dy.. kalu karate dy, dy silatnye akak dy balek... memg xdega ckap betol.. amy2..
jd ank yg soleh untuk mak abah  =)

buat abah~ Baharuddin Ishak

bila duduk termenung dalam bilik... tibe2 teringatkan abah.. ak teringat kenangan kecik2 mase abah ajar ak math ngn bi dulu..hehe. asyik kene marah jer sebb xdpat slesaikn soklan bahagi.. abah kate dulu mase sek menengah abah study kat sek mat saleh.. "wahh teror betol abah!" haha.. abah ngn bgganya trsengih..

mase kecik dulu ak memg slalu sgt brkepit dgn abah.. kalu dulu mak nk balek kmpung mst abah x bg ak ikot.. sebb abah keje.. pastu kawan dy tny, np yati xikot maknye balek kg.. abah ckap"eh nnt xd bantal pelok plak.. tgkla badan yati tu sihat" pergghhh... malu gile ak bile ingat balek.. nsib bek time tu kecik lg xpaham ap2 sgt. hehe.. lawak2.

waktu tu ak keluar berdua ngn abah jer g keluar ipoh. kwan dy mntak tolong drive bawak balek keta, hehe dlam kete ak cakap, "syok abah kete ni". abah ckap "haaaaa, kalau nk naik kete cmni yati kene blajar pndai2.. masok u pstu keje bagus2.. beli kete, bole bg abah 1" haha ak gelak.."ok nnt org beli 1 tok abah!" tp.. skrang.. abah dh xde.. rase terkilan sebb ak xsempat nk buat semua tu tok abah.
berlenang air mata bile dengar lagu ni...  rindu sgt kat abah

betapa ak merinduimu abah
maafkan ankamu kerana dulu selalu menyakitimu
xkire ape pon terjadi, jauh di sudut hatiku ak menyayangimu
dulu sgt sukar tok ak menunjukkan rase sayangku terhadapmu

kain pelekat yg pena ak hadiahkan mewakili rasa cintaku kepadamu
malu rasanya untuk meluahkan, ak menyesal.. 
menyesal kerana sudah trlambat untukku melafazkan kata sayang kepadamu

abah,
damailah kau disana
ankmu akn selalu mendoakan kesejahteraanmu

Ya Allah,
kau kasihanilah abahku 
sebagaimana dy mengasihani ak sejak ak masih kecil
sesungguhnya ak sgt menyayangi abah
"Rabbighfir lii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaana shaghiira"
abah mase muda2 jd askar dulu.. hehe, comel





12 Feb 2012

will be miss u oll ♥INTRADE♥

Dip in International Trade... course yg kami pilih tok 3 taon.. pejam celik tggal lg 3 mggu nk abez blajar.
sayonara tok kwan2 sekelas.. mst rase rindu kan nnt.. hehe.
xtaw nk tulis ape,, ngntok dh.. lailatus saidah. wassalam!
nmpak x kwan yg mcm kena smpuk tu?? dy memg lawak..haha

zaman sem 1.. still cam budk2

rehlah ~lata belatan

intrade lagi =)

newest pict of us


7 Feb 2012

Alhamdulillah pintu taubat masih terbuka


Menceritakan tentang seorang hamba Allah:
bgun pg.. gosok gigi.. usai berwuduk, terus tunaikan solat subuh.. jam menunjukkan pukul 6.40 pg.. "lmbat lg subuh ak pg ni, bila agknya nk berubah.. tahajud boleh kire bp kali jer setahon"
slesai bace quran 1 page, dok pk "nk bace mathurat ke x ek? takot nnt xsempat plak nk turun.. petang krang insyaallah ak try" menuju ke koridor, hmba ini menguak pintu... "Subhanallah! np gelap lg ni... ish xkan tu matahari.. slalunya cahaya matahari terbit belah tingkap sana.. dy tergetar2 sketika,, yA Allah.. alamat KIAMAT ker ni.. rase resah membelenggu.. sikit2 terasa mata mulai basah...

Apabila diamati betol2.. rupa2nya itu bulan.. bulan yg menerangi bumi... cantiknya bulan pg ni.. alhamdulillah, Allah masih bg peluang untuk ak bertaubat, bisik hatinya... kalaulah kiamat hari ini, sudah tentu ak akn menyesal spanjang perjalanan di akhirat nnt.. kerana ak belom benar2 bertaubat kpada Allah.. belom tentu taubat yg pernah ak lakukan dulu kala diterima Allah.. kerana setiap hari dikatakan ak melakukan dosa, dosa yg kecik pon lama2 makin byk dan membesar...

knapalah susah untuk melakukan kebaikan di mata manusia yg hina ini, ibadat sunat amatlah jarang sekali.. Ya Rahman Ya Rahim, jgnlah KAU pesongkan hati kami setelah kau berikan hidayah kepada kami... padahal dh tahu tentang balasan Allah swt kelak.. 

Teringat akan satu article ni:

Matahari Terbit dari Barat
Setiap hari matahari memohon kpd Allah swt agr dy dpt brsujud kpdNYA, dan Allah mengarahkan agr matahari pulang ke timur shingga kembali ke barat. lepas tu matahri memhon untuk sujud lg, Allah mengizinkan dan mengarahkan matahari beredar ke timur shingga kembali ke barat. Begitulah setiap hari putaran matahari sehinggalah ia melihat sndiri bumi dipenuhi dengan kemaksiatan, manusia xlg pedulikan ajaran dan nasihat, atau sebaliknya. Manusia juga xlg mngambil berat akan hukum2 Allah swt dan Rasul2nya.
Maka matahari pon memohon pada Allah agr terus brsujud dan dy xmahu lg pulang ke dunia ini. lalu Allah pon mengizinkannya bersujud di bawah Arasy slama bbrapa malam.

Kata ulama: stelah matahari terus bersujud kpd Allah slama 3 hari d bwah Arasyi, malam menjadi terus menerus pnjgnyer. Dan keadaan itu xdsedari mlainkan mreka yg bngun brtahajud pd tgh malam, dan berzikir stiap malam. Smpailah pada malam itu mreka yg telah siap beribadah mndapati fajar tetap tidak terbit. Lntas mreka kmbali menymbung ibadah dan stelah slesai, sperti biasa mreka keluar mlihat keadaan langit dan bintang keadaannya tetp sama. Mreka yakin ini adlah alamat kiamat, maka mreka saling mengkhabarkan ssama mreka shingga semua mnusia brkmpul d msjid, menangis dan menolong pertolongn Allah swt.

Stelah cukup 3 hari, maka matahari pon terbit. Namun Allah mngarahkan ia terbit dr arah barat.  Semua manusia tahu itu adalah petanda kiamat. Lalu menangislah semua ahli langit dan bumi. "Bukankah matahari itu terbit dri barat?" maka manusia seluruhnya menangis serta rendah diri memandang ke langit. Mereka melihat cahaya matahari dan bulan sangat brbeza, tidak sprti biasa.. Sesungguhnya tidak berguna lagi tangisan pada hari trsebut.

Dari Abi Dzar katanya: Aku telah msok ke msjid ktika wktu tggelam matahari (senja) dan ketika itu Nabi Muhammad saw sedang duduk, baginda pun brsabda: "Wahai Abi Dzar, tahukah kamu kemana prginya matahari ini?
Katanya: Hanya Allah dan RasulNya lebih mngetahui.
Nabi brsabda: "sesungguhnya ia pergi meminta izin kpd Tuhannya untuk brsujud, maka Allah mengizinkannya.. dan seolah2 dikatakan kpdnya, 'Terbitlah kamu dr arah mana kamu datang. Maka ia pun terbit dr sebelah baratnya". (dan demikianlah tempat tetap baginya)


5 Feb 2012

impikan seperti mereka ♥

dengan gmbar saja dh tnjukkan rasa di hati =)
=) sweet sgt3




saya dh ad novel ni =D


belom beli lg.. i will insyaAllah =)

23 Jan 2012

jangan izinkan ak jatuh cinta andai masanya belum tiba



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Ameen..

19 Jan 2012

mai balik..heheee

190112
wahhhh... long time no c la blog! im coming back... rase nk update balek blog yg dh skian lama mnyepi ni..
insyaAllah akn dkongsikan ngn prkara yg berfaedah.xse la merapu2 ni kan
now nk on9 until tomorrow nite coz saje suke2 =D
aruah abah ngn mak tercinta.. wif aqim toO
ak explore lappy ni smpai ke lubang2 yg ade.. suddenly i found pict lame2 dulu.. sayu rasenyer hati ni.moga abah tenang kt.sana.miss u abah