8 Jul 2013

Di Saat dan Ketika Muezza Hilang T_T

Assalamualaikum...
pagi ni rutin harian tidak seperti biasa..  dapat berita buruk sangat. Muezza hilang! T_T
nak pergi cari muezza tapi terpaksa ditagguhkan sebab nak siap pergi kerja. Hari ni alhamdulillah bos tak masuk.. sebab memang dah tak boleh tumpu pada kerja, termenung fikirkan kucing.. muezza.

Cuba kol mak.. mak pulak tak angkat.. berbelas kali jugak la kol.. akhirnya mak angkat.. mak kata belum jumpa muezza lagi. Ya Allah.. hati ni rasa sedih sangat. Selama ni tak rajin pon balik kalau time lunch. Hari ni terus balik rumah sebab nak cari Muezza jugak. Masa cari konon muka steady lagi.. serius mencari.. tak lama lepas tu menitis-nitis air mata jatuh. Tak tahu nak cerita mcam mana lagi.
Dalam hati dok fikir.. muezza merajuk ke? mlm tadi tak bagi dia tidur kat bilik sebab dia berak.. dia tido dalam kotak jer..

 "Ya Allah jika aku bukan tuan yang baik untuk menjaga Muezza, redhakan lah hatiku atas kehilangannya.. tetapi jika aku ditakdirkan untuk menjaga dan menyayanginya.. dan menjadi tuannya.. pertemukanlah"

tak putus-putus mohon pada Allah agar dipertemukan..

Cari kat sana.. takde, cari kat sini.. takde.. dah nak pukul 2.. berat rasanya nak masuk kerja.. masa nak gerak pergi office, tergerak hati ini nak lalu di satu lorong.. tiba-tiba ternampak kelibat Muezza.. ape lagi pecut patah balik dan memang sah itu Muezza..

"Assalamualaikum Pak cik.. nak tanya itu bukan kucing pak cik kan? itu kucing saya cik.. saya dah lama cari" buat muka kesian.
Alhamdulillah.. Allah pertemukan jugak dia dengan diriku.. hukhukhuk dah hepy takde sedih-sedih dah.. semangat nak buat kerja.. yea!! saaaaaaayang Muezza ♥

#Thank You Allah =)